‘Budak positif HFMD, bukan cacar monyet’

‘Budak positif HFMD, bukan cacar monyet’

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang didakwa dijangkiti cacar monyet baru-baru ini, disahkan dijangkiti penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) virus jenis Coxsackie A6.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, perkara itu disahkan melalui hasil daripada ujian sampel yang dilakukan terhadap kanak-kanak berkenaan. 

Menurut beliau, kanak-kanak itu sebelum ini dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 14, Selangor untuk membuat pemeriksaan kerana mengalami gejala demam dan ruam yang menjadi ‘blister’ dan mula pecah.  

“Diagnosa awal kanak-kanak ini adalah HFMD. Kanak-kanak ini kemudiannya dipantau di Hospital Kuala Lumpur oleh pakar pediatrik. 

“Dua sampel telah diambil di mana Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) telah membuat pengujian beberapa jenis virus termasuk untuk HFMD dan cacar monyet. 

“Keputusan ujian mengesahkan kes kanak-kanak ini adalah HFMD kerana keputusan adalah positif Virus Coxsackie A6, dan negatif cacar monyet serta lain-lain virus yang diuji,” jelasnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Media sebelum ini melaporkan, sekeping gambar tular di laman media sosial idakwa memaparkan seorang kanak-kanak Malaysia mengalami penyakit cacar monyet sekali gus menimbulkan kebimbangan orang ramai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN