Body shaming: Yang mengata orang terdekat - Janna Nick

Body shaming: Yang mengata orang terdekat – Janna Nick

JANNA NICK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Janna Nick, 27, mengaku cukup berasa hati dengan rakan-rakan terdekatnya yang tergamak melakukan body shaming dan menjadikannya sebagai bahan jenaka.

Tidak menganggap sekadar gurauan, kata Janna, perkara seperti itu tidak seharusnya dijadikan jenaka kerana impaknya mungkin berbeza kepada individu yang dijenakakan.

“Saya pun sedar, diri ‘sedang membesar’ dengan jayanya, gemuk. Tapi, selalunya kalau netizen yang cakap atau komen begitu, saya tak ambil hati pun. Ini datangnya daripada rakan-rakan terdekat.

“Tak naklah saya petik-petik nama siapa. Cukuplah saya cakap, memang saya terasa dengan apa yang mereka cakapkan. Body shaming bukannya cool,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Selain itu, kata penyanyi lagu Gatal ini, sudah tentu dia cuba mengurangkan berat badan namun kadangkala kerana kekangan waktu dan jadual kerja yang padat menyebabkannya tidak dapat mengutamakan aktiviti senaman.

Menyeru tindakan seperti itu dihentikan, katanya, dia berasa lega kerana dapat meluahkan rasa hatinya di media sosial dan menggunakan platform itu sebagai medium untuk kesedaran umum.

“Rakyat Malaysia ini memang suka body shaming dan tak sedar pun ia beri impak kepada individu terbabit dari segi kesihatan mental. Saya memang lega bila dapat luahkan dalam media sosial.

“Saya gunakannya sebagai sebahagian daripada mekanisme untuk melepaskan tekanan. Lebih baik daripada saya asyik memendam di hati.

“Saya akan suarakan mengenai hal ini, bukan cuma untuk diri sendiri, tetapi buat mereka yang berada dalam situasi yang sama dengan saya. Ketahuilah, tiada manfaatnya bila awak buat orang begini,” katanya.

Semalam, Janna berkongsi sebuah video di Instagram yang memaparkan dia sedang meluahkan mengenai dirinya yang menjadi mangsa body shaming. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.