Aliran trafik arah Utara, Selatan kekal tinggi

Aliran trafik arah Utara, Selatan kekal tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aliran trafik arah Utara dan Selatan kekal tinggi di beberapa laluan di lebuh raya utama berikutan pertambahan kenderaan pada musim perayaan, kali ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di laman Twitternya melaporkan, aliran trafik tinggi itu melibatkan sehingga 10 laluan di kedua-dua arah, setakat pukul 3.30 petang ini.

Laluan arah Utara membabitkan laluan sejauh 3.4 kilometer (km) dari Senai Utara ke Kulai, laluan Kulai ke Hentian Sebelah Kulai Utara (5.7km) dan laluan Hentian Sebelah Simpang Renggam ke Machap Utara (20.4km).

Selain itu, laluan Machao ke Yong Peng Selatan (22km), laluan Tangkak ke Jasin (25km, laluan Ater Keroh ke Simpang Ampat (6.8km) dan laluan Pedas Linggi ke Seremban (26km).

Dalam pada itu, aliran trafik tinggi arah Selatan melibatkan laluan Nilai ke Hentian rehat dan rawat (R&R) Seremban (3.6km).

Seterusnya, laluan Pagoh ke hentian sebelah Yong Peng Utara (21km), laluan Simpang Ampat ke Ayer Keroh (11km) dan laluan hentian Yong Peng Utara ke Yong Peng Selatan (13km). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN