45,500 liter diesel subsidi diseleweng

45,500 liter diesel subsidi diseleweng

LOKASI pemindahan minyak diesel bersubsidi yang cuba diseludup pihak sindiket ketika diserbu Batalion 5 PGA di Kawasan Perindustrian Kota Putri, Masai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kegiatan penyeludupan minyak diesel yang baru sebulan beroperasi dipatahkan Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam yang merampas 45,500 liter diesel bernilai RM111,475 di Kawasan Perindustrian Kota Putri, Masai, di sini, kelmarin.

Pegawai Pemerintahnya, Superintenden Dimin Awang berkata, dalam serbuan pukul 11.45 malam itu, pasukannya menahan lima lelaki termasuk tiga warga asing berusia lingkungan 28 hingga 53 tahun di lokasi kejadian.

Katanya, ketika serbuan dilakukan,semua suspek sedang melakukan kerja-kerja pemindahan minyak diesel daripada tangki berkapasiti 1,000 liter ke dalam tangki berkapasiti 20,000 liter.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen memiliki, menyimpan dan membawa barang kawalan. Siasatan awal ke atas suspek dipercayai baru sahaja sebulan menjalankan kegiatan menyeludup minyak bersubsidi tersebut.

“Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain 45,500 liter minyak diesel tersebut, PGA dalam serbuan itu turut merampas skid tank berkapasiti 10,000 liter, tong putih kapasiti 1,000 liter dan tiga mesin pam minyak.

Turut disita adalah dua buah lori jenis Scania P380 dan lori jenis Nissan UD serta sebuah lori tangki treler dengan anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM472,575.

Dimin percaya, tangkapan dan rampasan yang dibuat itu berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi di sekitar daerah ini. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya