Tindakan undang-undang diteliti pelihara kepentingan Pahang

Tindakan undang-undang diteliti pelihara kepentingan Pahang

MUHAMMAD SAIFUDDIN HASHIM MUSAIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang sedang meneliti tindakan bersesuaian dalam usaha memelihara hak dan kepentingan negeri ini.

Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi berkata, ia dibuat susulan titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15, Jumaat lalu.

“Patik, Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang menjunjung kasih ke atas titah Tengku Mahkota Pahang sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Negeri Pahang Ke-15.

“Sehubungan dengan itu, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang sedang meneliti tindakan yang bersesuaian dalam memelihara hak dan kepentingan Negeri Pahang Darul Makmur,” katanya dalam kenyataan di sini.

Jumaat lalu, Tengku Hassanal menzahirkan kekecewaan terhadap beberapa keputusan Kerajaan Persekutuan yang didakwa tidak memihak kepada hak dan kepentingan negeri ini.

Baginda bertitah, Kerajaan Pusat perlu lebih cakna terhadap hak negeri termasuk dalam soal hasil bumi, pelaksanaan projek serta bidang kuasa perundangan di negeri ini.

Tengku Mahkota Pahang turut memberi bayangan kemungkinan tindakan terhadap Kerajaan Persekutuan sekiranya perkara tersebut terus diketepikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN