ubah dasar

20,000 penternak terhimpit, desak rombak dasar JPV susahkan penternak

Penternak ruminan tertanya-tanya apa dasar kerajaan dalam membangun sektor ruminan susulan tiada peruntukan kepada sektor tersebut selepas tahun 2016.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih 20,000 ahli Kelab Generasi Transformasi Ru­­minan Malaysia (GTR) yang kebanyakannya terdiri daripada penternak ruminan semakin ter­­himpit dengan dasar dan po­lisi Jabatan Perkhidmatan Ve­terinar (JPV) yang disifatkan ha­nya retorik.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Presiden GTR, Nordin Mat menggesa segala dasar dan polisi JPV dirombak kerana langsung tidak ada perkembangan positif terutama bidang lembu pedaging dan kambing dalam tempoh 10 tahun ini.

Jabatan itu sepatut­nya bukan hanya memberi per­khidmatan dan penguatkua­saan undang-undang, sebalik­nya me­ngubah fokus pembangu­nan keseluruhan industri ruminan ne­gara.

“Dasar Agromakanan Negara 2.0 yang dilancarkan awal tahun ini oleh Kemente­rian Pertanian dan Industri Makanan adalah retorik se­mata-mata. Apatah lagi mahu meningkatkan kadar sara diri (SSL) daging lembu di­letakkan sehingga 50 peratus da­lam tempoh lima tahun akan datang,” ka­tanya.

Sedangkan, kata Nordin, ang­ka SSL 23 peratus oleh JPV juga adalah jauh daripada sasaran sebenar.

“Hanya pengimportan dan pe­­nyeludupan ternakan dari luar negara untuk menampung keperluan dan permintaan negara terutama bagi tujuan ibadah akikah dan korban.

“JPV hanya berperanan me­nguat kuasa undang-undang yang masih kekal dengan dasar dan polisi hanya menyusahkan penternak sedangkan pemba­ngunan industri langsung tidak ke­lihatan, tiada perancangan jangka panjang, kalau pun ada, ia sekadar dirancang semata-mata tanpa pelan tindakan,” katanya di sini semalam.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia semalam mengenai luahan seorang penternak lembu, Gulam Manaver Mobarak Ali yang berdepan banyak rintangan sepanjang mengusahakan ternakan lembu selama 26 tahun, sejak 1995 hingga sekarang dan masih menyimpan semua bukti berdokumen.

Beliau mendakwa, kesukaran industri itu untuk bangkit semakin payah apabila wujudnya ‘Napoleon kecil’ dalam agensi kerajaan sendiri yang menghalang usaha penternakan lembu bagi mencapai SSL.

Dalam pada itu, Nordin berkata, pihak JPV perlu melihat semula pelbagai polisi yang menyusahkan seperti prosedur operasi standard (SOP) pemindahan ternakan antara negeri yang sangat merumitkan penternak walaupun kononnya ada sistem e-permit.

Selain itu, katanya, SOP kawalan penyakit yang menganiaya penternak perlu diubah kerana ia sebenarnya langsung tidak dapat mengawal pe­nyakit termasuk SOP pengimportan ubatan ternakan yang tidak diperjuangkan JPV.

Lebih membimbangkan, kata beliau, import permit ayam dan daging yang tidak terkawal boleh membunuh penternak tempatan dan industri ini secara tidak langsung.

“Sekiranya keadaan ini berterusan, industri yang semakin malap dan dihimpit pelbagai faktor lain seperti kenaikan kos makanan sangat tinggi, bekalan ternakan semakin mahal, tenaga pekerja yang semakin sukar, maka industri ini sebenarnya sedang menghala ke arah kepupusan.

“Negara akan terus bergantung sepenuhnya kepada ternakan import selain bekalan daging semakin bergantung kepada negara India, Australia dan Amerika Latin yang juga semakin mahal,” katanya.

Dalam masa sama, katanya, pihak GTR meminta campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengawal harga siling makanan ternakan kek kernel sawit (PKC) selain memberi kuota PKC sewajarnya kepada penternak tempatan tidak ha­nya memberi fokus untuk pa­saran luar negara.

Jelas beliau, cadangan penubuhan Lembaga Ruminan Negara yang dicadangkan sejak 2014 oleh Ismail Sabri ketika beliau menjawat Menteri Pertanian tidak akan berjaya dibuat sehingga hari ini memandangkan JPV sendiri yang dipertangggungjawab untuk penubuhan lembaga itu seakan tidak bersetuju merealisasikannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN