1,000 keping roti canai habis dalam masa 3 jam

1,000 keping roti canai habis dalam masa 3 jam

KEADAAN pelanggan yang menjamu selera di Restoran Yusop di Teluk Intan, Perak, semalam. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Restoran mamak di sekitar bandar ini menjadi tumpuan orang ramai bersarapan dan makan tengah hari ketika berhari raya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, antara yang menjadi tumpuan ialah Restoran Yusop di bandar ini yang diserbu pelanggan sejak awal pagi untuk bersarapan bagi menikmati roti canai dan teh tarik.

Selain itu, restoran mamak menjadi tumpuan kerana tidak banyak kedai makan lain yang memulakan perniagaan.

Pemilik Restoran Yusop, Abdul Yusop Abdullah berkata, keadaan itu sudah dijangka kerana masih ramai yang bercuti di kampung untuk menyambut hari raya.

Katanya, mereka yang masih berada di kampung biasanya ke kedai untuk bersarapan sebelum keluar ke tempat lain untuk kunjung mengunjungi pada hari raya.

“Hari ini ramai yang datang, mereka kembali seperti biasa bersarapan di kedai selepas habis bulan puasa.

“Hari ini saya menebar 1,000 keping roti canai untuk pelanggan dan habis dalam masa lebih kurang tiga jam.

“Saya berusaha memenuhi kehendak pelanggan supaya mereka semua dapat merasai roti canai di restoran ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, selain masakan untuk sarapan, dia menyediakan nasi kandar untuk pelanggan.

Katanya, disebabkan pelanggan agak ramai, keadaan agak sesak apatah lagi dia tidak cukup pekerja.

“Buat masa ini saya hanya ada empat pekerja, biasanya tujuh orang tetapi yang lain sudah balik ke negara mereka.

“Walaupun ramai, keadaan terkawal, pelanggan dapat apa yang mereka mahu makan walaupun kami tak menang tangan untuk melayan semua pelanggan,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya