10 leka bermain judi belangkas di pasar dicekup

10 leka bermain judi belangkas di pasar dicekup

SEBAHAGIAN daripada suspek yang ditahan selepas disyaki bermain judi belangkas di sebuah pasar di Alor Setar, Kedah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sekumpulan 10 lelaki diberkas polis disyaki bermain judi belangkas di sebuah pasar di sini dalam satu serbuan, hari ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G Suresh Kumar, kesemua suspek yang merupakan peniaga pasar ditahan ketika leka bermain judi pada pukul 2.30 pagi.

“Bertindak atas maklumat pengadu bersama sepasukan dari Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah membuat serbuan di Pasar Besar Jalan Tunku Abdul Rahman dan mendapati sekumpulan lelaki berkumpul mengelilingi sebuah meja batu disyaki bermain judi jenis belangkas.

“Polis membuat serbuan di kawasan tersebut dan berjaya menangkap 10 lelaki lingkungan umur 37 hingga 66 tahun,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, semua individu ditangkap dan polis merampas wang pertaruhan berjumlah RM620 serta beberapa barang rampasan lain. 

“Tangkapan dan rampasan dibawa balik ke Balai Polis Alor Setar untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Katanya, turut dirampas perkakasan yang digunakan untuk berjudi iaitu pinggan kaca warna putih, kole, bungkusan plastik mengandungi beras dan buah dadu bergambar belangkas, ikan, bunga dan udang.

“Hasil siasatan mendapati semua suspek mengaku  bermain judi belangkas di pasar tersebut bermula selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 6 (2) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya