Tujuh banduan tahanan reman mahkamah Penjara Jelebu larikan diri - Utusan Malaysia

Tujuh banduan tahanan reman mahkamah Penjara Jelebu larikan diri

BANDUAN tahanan reman mahkamah Penjara Jelebu kini diburu selepas melarikan diri petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Seramai tujuh orang banduan tahanan reman mahkamah di Penjara Jelebu melarikan diri pada pukul 3 petang tadi.

Kesemua mereka dikenali sebagai Mohamad Aminuddin Khan Mohd. Yusof, Shazuan Md. Sharif, Zainuddin, Mohd. Zairizan Zainal, Muhammad Syafiq Rohmat.

Bagaimanapun seorang banduan, Sohaimi Khalid, berjaya ditangkap semula di kawasan kebun sawit, Kongkoi dalam jarak dua kilometer dari Penjara Jelebu pada pukul 7 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, susulan itu, pihak polis melancarkan operasi mengesan dan menangkap banduan berkenaan.

“Polis Daerah Jelebu menerima makluman berkaitan tujuh banduan melarikan diri di Penjara Jelebu namun seorang banduan telah ditemukan petang tadi. Kesemua banduan adalah tahanan reman mahkamah di Penjara Jelebu.

“Susulan daripada kejadian ini, pihak polis Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu melancarkan operasi mengesan dan menangkap banduan tersebut dengan bantuan Unit Anjing Pengesan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Penjara Jelebu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak polis turut mengalu-alukan sebarang maklumat orang awam bagi membantu pihak polis.

“Maklumat tersebut boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi IPD Jelebu di mana -mana talian dibawah. Orang ramai yang mendapat maklumat boleh menghubungi, IPD Jelebu di talian 06-6136222 atau Bilik Gerakan Jelebu di talian 06-6137999,” katanya.

Jelas beliau, disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya