Tiga terlibat sindiket ‘online’ ditahan

Tiga terlibat sindiket ‘online’ ditahan

Rangka manusia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga pegawai khidmat pelanggan ditahan polis selepas memperdayakan mangsa dalam aplikasi TikTok sebelum menyerahkan senarai kenalan kepada sindiket bagi tujuan penipuan dalam talian.

Ketiga-tiga lelaki berusia 19 hingga 23 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.50 petang dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Cendana, Kampung Baru dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut merampas pelbagai peralatan penipuan dalam talian antaranya tiga unit komputer riba pelbagai jenama, 21 telefon bimbit, satu unit modem dan satu set komputer.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kegiatan yang beroperasi selama sebulan yang menyasarkan warga tempatan dan warga asing di luar negara.

“Kesemua tangkapan berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan yang mendapatkan mangsa melalui aplikasi TikTok untuk menambah kenalan. 

“Sindiket kemudian mewujudkan kumpulan sebelum menyerahkan senarai rakan aplikasi itu kepada satu kumpulan sindiket yang lain bagi tujuan penipuan secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan semua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN