Tiga maut, seorang parah merempit waktu solat tarawih

Tiga maut, seorang parah merempit waktu solat tarawih

KEADAAN salah satu motosikal mangsa selepas terlibat dalam kemalangan di Kampung Sungai Satan, Jeli, Kelantan, semalam. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Tiga remaja maut manakala seorang lagi parah selepas motosikal ditunggang mereka bergesel sesama sendiri ketika berlumba di Jalan Kampung Sungai Satan – Jalan Malaysia, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, Muhammad Nordanial Izuan Izaraman, 15, maut di lokasi manakala Muhamad Firdaus Mohd. Azli, 15 dan Ahmad Tahfiz Irfan Ahmad Nasri, 14, meninggal dunia di Hospital Jeli.

Seorang lagi mangsa, Muhammad Aidil Darwisy Mohammad Azhary, 15, cedera parah pada bahagian kepala dan kini menerima rawatan di hospital sama.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superitenden Shuhaimi Jusoh berkata, empat remaja masing-masing menunggang SYM Bonus, Honda EX5, Modenas Kriss dan Demak Evo Z dipercayai sedang berlumba dengan tidak memakai topi keledar.

“Mereka dipercayai berlumba bermula dari arah Kampung Satan menuju ke Jalan Malaysia dengan melalui laluan gelap tanpa lampu jalan.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal ditunggang salah seorang mangsa bergesel dengan sebuah lagi sehingga menyebabkan perlanggaran sesama mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shuhaimi, siasatan lanjut mendapati, nahas itu dipercayai berpunca daripada kecuaian kesemua penunggang motosikal kerana berlumba di kawasan jalan kampung yang tiada lampu jalan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya