Tabung Haji perit? Mujahid bidas MB Kelantan

Tabung Haji perit? Mujahid bidas MB Kelantan

MUJAHID YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof membidas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang menyifatkan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) berdepan keperitan semasa 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata, ini kerana fakta menunjukkan Tabung Haji yang berada di bawah kelolaannya pada zaman PH berjaya dipulihkan.

“Penstrukturan semula berjaya imbangkan defisit antara aset dan liabiliti, berjaya patuh akta Tabung Haji tentang Seksyen 22 dalam pengagihan hibah yang sejak 2014 zaman Barisan Nasional (BN) diberi amaran tidak patuh dan berjaya patuh Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) serta laporan perakaunan Malaysia (IFRS) yang merupakan syarat perakaunan bersih yang tidak dipatuhi dalam akaun 2017 zaman BN.

“Selain itu, pencarum bertambah dan aset lebih tinggi dari tanggungan menandakan kesihatan Tabung Haji dari sudut kewangan serta kelestariannya dipacu oleh penstrukturan semula strategic asset re-location dan perbelanjaan berkesan pentadbiran untuk kekal unggul dan kukuh menghadap tahun mendatang yang mencabar.

“Pendeposit juga mempercayai usaha yang dilakukan zaman PH kerana tidak berlaku ‘bank run’ atau panik walaupun terpaksa memberikan hibah rendah tahun pertama pemulihan untuk 2018,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam.

Semalam, media melaporkan, Ahmad Yaakob dalam satu Majlis Ihya Ramadan Pimpinan Kerajaan Negeri Bersama Anak Kelantan di Perantauan (Zon Lembah Klang) memberikan TH sebagai ontoh keperitan yang dihadapi semasa 22 bulan PH.

Sehubungan itu, Dr. Mujahid meminta Menteri Besar Kelantan itu supaya rajin membaca semua laporan audit dari tahun 2018 sehingga 2020.

“Ini kerana beliau akan mendapati laporan sebagai bersih, patuh dan menggambarkan kedudukan sebenar (bukan manipulasi) segala yang dinikmati hari ini adalah hasil kejayaan penstrukturan semula zaman PH.

“Soalan saya kepada MB Melayu-Islam nak dengar fakta atau nak ulang fitnah terhadap Tabung Haji?” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN