Tabung Darah Hospital Taiping perlu bantuan, bekalan darah rendah

Tabung Darah Hospital Taiping perlu bantuan, bekalan darah rendah

hospital taiping
HOSPITAL Sultanah Aminah di Johor memerlukan bekalan darah jenis O dan B yang semakin kurang ekoran kekurangan penderma semasa Ramadan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Bekalan darah bagi kegunaan harian dan kecemasan rakyat  setempat di sini dijangka akan berada dalam paras yang rendah menjelang musim  Syawal awal bulan depan. 

Ketua Jabatan Transfusi Hospital Taiping, Dr. Nurul Raihan Mohamed Zawawi berkata,  pendermaan darah dari masyarakat setempat secara konsisten adalah amat diperlukan  khususnya bagi situasi di luar jangkaan. 

“Kita amat memerlukan bekalan darah yang mencukupi terutamanya bagi mereka yang  mengalami pendarahan di luar jangkaan seperti kemalangan, komplikasi semasa  bersalin serta bagi membantu pesakit-pesakit thalassaemia.  

“Justeru, saya menyeru orang ramai untuk tampil menderma darah sepanjang bulan  Ramadan ini bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi dan berada diparas  selamat,” ujarnya dalam kenyataan media di sini, hari ini. 

Jelasnya, Tabung Darah Hospital Taiping beroperasi Isnin hingga Jumaat bermula pada  pukul 8 pagi hingga 4 petang (termasuk waktu rehat) sepanjang bulan Ramadan  ini. 

Tabung Darah juga dibuka pada waktu malam iaitu setiap hari  Selasa dan Khamis bermula pada pukul 8.00 malam hingga 11.00 malam bagi  memudahkan penderma darah beragama Islam untuk hadir menderma. 

“Malah, kami ingin mewar-warkan bahawa pihak kami akan membuka kaunter  pendermaan darah di Dewan Persatuan Kwangtung, Taiping pada setiap hari Rabu di  sepanjang bulan Ramadan ini. 

“Ianya adalah untuk memudahkan komuniti yang berminat untuk menderma darah  datang ke kawasan berdekatan mereka, dan kami beroperasi bermula dari 9.00 pagi  hingga 2.00 petang,” ujarnya.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Darah Hospital Taiping di talian 05- 8204341.  

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan jadual mingguan  kempen derma darah juga boleh dirujuk di laman sosial Tabung Darah seperti berikut: 

‘Derma Darah Taiping’ – Facebook, Telegram, Instagram, Twitter [email protected] – Emel; 017- 4665864 – Whatsapp. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.