Sindiket penyeludupan diesel subsidi tumpas

Sindiket penyeludupan diesel subsidi tumpas

TANGKI berisi minyak diesel bersubsidi yang dipercayai didalangi sindiket penyeludupan ketika serbuan dilakukan oleh Batalian 5 PGA di Taman Wawasan, Kulai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi yang bergiat aktif di sekitar bandar raya ini selepas menahan lima suspek, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintenden Dimin Awang berkata, suspek yang ditahan melibatkan tiga warganegara dan dua warga asing itu berusia antara 34 hingga 42 tahun.

Katanya, kesemua suspek ditahan dalam serbuan yang dijalankan terhadap sebuah premis beralamat di No.11, Jalan Perak, Taman Wawasan, Kulai, dekat sini kira-kira pukul 2 petang.

“Dalam serbuan berkenaan, polis berjaya merampas pelbagai barangan antaranya beberapa tangki berisi minyak bersubsidi sebanyak 40,000 liter, dua buah lori dan lima unit pam dengan anggaran nilai RM300,300.

“Kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Dimin, kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. 

“Tangkapan dan rampasan ini berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi yang aktif di sekitar daerah Johor Bahru.

“Orang awam diminta untuk terus menyalurkan maklumat kepada polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban selain kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan mereka. Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline Pejabat Risik/Gerakan Batalion 5 PGA di nombor 07-7557280,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya