Sebak, syukur lihat kebesaran Allah

Sebak, syukur lihat kebesaran Allah

TANGKAP layar rakaman video menunjukkan awan berbentuk kalimah Allah di langit yang dirakam oleh Nur Zahirah Ulfah Zakaria di Taman Bandar Baru, Sungai Petani, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: “Saya berasa sebak dan bersyukur kerana dapat melihat kebesaran Allah di malam 27 Ramadan ini.”

Demikian kata  seorang suri rumah, Nur Zahirah Ulfah Zakaria,30, yang berpeluang melihat dan merakam awan berbentuk kalimah Allah di langit sekitar pukul 11.30 malam semalam.

Rakaman video tersebut kemudiannya telah di muat naik di laman Facebook (FB) miliknya dan telah ditonton oleh kira-kira 7,000 pengguna FB yang lain.

Nur Zahirah yang menetap di Jitra berkata, ketika kejadian dia sedang berbual bersama suaminya, Muhammad Faiz Ismail, 32, dan seorang jiran Nur Fatin Ibrahim, 33 di luar rumah ibunya, di Taman Bandar Baru, di sini.

Katanya, ketika kejadian cuaca terasa dingin dan kelihatan kerlipan cahaya seperti kilat di langit namun tiada sebarang bunyi guruh.

“Kerlipan cahaya di langit selama hampir sejam tanpa bunyi itu menyebabkan saya dan suami tergerak hati untuk merakam cahaya itu kerana kami belum pernah melihat situasi seperti itu,”katanya.

Katanya, ketika rakaman itu dibuat, mereka perasan terdapat awan berbentuk kalimah Allah akan kelihatan sebaik sahaja cahaya tersebut terpancar di langit 

“Lidah saya terkelu seketika sebaik sahaja melihat kalimah Allah terpancar bersama cahaya tersebut.

“Kalimah Allah itu hanya kelihatan dalam tempoh 10 saat sahaja sebelum ia hilang.

“Saya anggap itu sebagai rezeki dari Allah SWT untuk saya melihat kebesaran-Nya,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN