MASJID Mua’dz bin Jabal, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur menjadi lokasi seterusnya Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk anjuran EB Frozen Food Sdn. Bhd. (EB) dan Media Mulia Sdn. Bhd. bagi menyemarakkan suasana sambutan Ramadan.
Program itu berlangsung dalam suasana meriah dan ceria bermula daripada aktiviti gotong-royong untuk menyiapkan sebanyak 1,000 pek juadah popular itu yang turut disertai ahli kariah masjid serta penduduk tempatan sehingga pengagihannya secara pandu lalu kepada masyarakat sekitar.
Eksekutif Pemasaran EB, Nurul Fatihah Jamil berkata, edaran bubur lambuk secara percuma dan beberapa produk EB adalah untuk berkongsi supaya masyarakat dapat menikmatinya. – UTUSAN