Reman lelaki etnik Rohingya bunuh rakan serumah disambung  - Utusan Malaysia

Reman lelaki etnik Rohingya bunuh rakan serumah disambung 

TEMPOH reman seorang etnik Rohingya disambung enam hari lagi bagi membantu siasatan kes bunuh rakan senegaranya. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tempoh reman seorang lelaki etnik Rohingya disambung enam hari lagi bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan rakan senegaranya di Jalan Bukit Tembok di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, perintah reman ke atas suspek berusia 40 tahun itu yang berakhir semalam dilanjutkan sehingga 19 April depan.

“Suspek kes bunuh (rakan etnik Rohingya) yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan disambung sehingga 19 April 2021,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, pada 6 April lalu media melaporkan mayat seorang lelaki etnik Rohingya ditemukan dengan kesan tikaman di bahagian perut dipercayai dibunuh oleh rakan senegaranya di sebuah rumah di Jalan Bukit Tembok di sini.

Suspek yang merupakan seorang buruh bagaimanapun ditahan di sebuah kedai pakaian di Pulau Pinang oleh polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang kira-kira pukul 2 petang hari yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN