Pukul rakan di asrama, 11 pelajar direman tiga hari - Utusan Malaysia

Pukul rakan di asrama, 11 pelajar direman tiga hari

ANTARA 11 pelajar yang direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes memukul rakan sekolah mereka di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 11 pelajar lelaki direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pukul rakannya di sebuah sekolah berasrama di Kuala Nerus, minggu lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Norina Maludin mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, kesemua suspek yang berusia antara 14 hingga 17 tahun itu ditahan ketika memberikan keterangan di Ibu pejabat  Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu antara pukul 12 tengah hari hingga 1 petang, semalam.

Katanya, penahanan suspek susulan laporan polis dibuat oleh mangsa yang berusia 14 tahun di IPD sama kira-kira pukul 9.40 malam, kelmarin.

“Mangsa mendakwa dipukul dan disepak hingga lebam pada paha gara-gara berselisih faham,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya