Polis sita aset bernilai RM4.3 juta hasil edar dadah

Polis sita aset bernilai RM4.3 juta hasil edar dadah

ROHAIMI MD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis menyita tujuh lot tanah termasuk 10 chalet bernilai hampir RM4.3 juta yang disyaki dibeli dengan hasil pendapatan pengedaran dadah.

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, rampasan itu dilakukan susulan penahanan dua suspek pengedar dadah di Manir, di sini pada 9 Disember 2020.

Katanya, sitaan aset itu adalah yang terbesar melibatkan pengedar dadah di negeri ini.

“Siasatan lanjut penjejakan harta melalui bank dan institusi kewangan menemukan tujuh harta tak alih yang diperoleh secara pembelian meragukan. 

“Daripada jumlah itu, sebanyak empat lot tanah disita di Kuala Nerus termasuk yang dibina chalet bernilai RM900,000 diikuti masing-masing satu di Kemaman, Dungun dan Marang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Rohaimi berkata, kesemua tujuh aset berkenaan disita mengikut Seksyen 28 (1) Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta) 1988. 

Katanya, semasa penahanan kedua-dua suspek, polis merampas dadah disyaki  ganja seberat 541.18 gram dan syabu seberat 46.70 gram.

Menurutnya, suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A(2) akta sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN