Polis Johor nafi dakwaan warga Singapura disamun, dicedera

Polis Johor nafi dakwaan warga Singapura disamun, dicedera

TANGKAP layar kejadian lama yang kononnya didakwa berlaku di negeri ini susulan pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis Johor menafikan satu kenyataan yang tular menerusi media sosial berhubung dakwaan rakyat Malaysia menyamun dan mencederakan warganegara Singapura yang berada di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, gambar dan video yang ditularkan termasuklah di aplikasi WhatsApp itu adalah kejadian lama yang dilaporkan berlaku pada tahun 2014.

“Polis Bukit Aman juga telah menyiarkan kenyataan menafikan berita palsu berkenaan dalam laman Facebook rasmi mereka pada 2 November 2021.

“Kenyataan tersebut juga telah dilaporkan beberapa agensi media tempatan antaranya termasuklah Kosmo dan Astro Awani,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Kamarul Zaman, tindakan menularkan semula gambar dan video lama berkenaan dilihat sebagai satu cubaan menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai khususnya warga Singapura yang datang ke Malaysia melalui laluan darat.

“Perbuatan menyebar dan membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan dakwaan yang diperoleh daripada sumber tidak sah dengan menggunakan maklumat palsu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya