Persefahaman erat harus berkekalan - PM

Persefahaman erat harus berkekalan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Persefahaman yang lebih erat dan keharmonian beragama harus dikekalkan dalam kalangan Keluarga Malaysia.  

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, apa yang paling penting adalah menghormati antara satu sama lain yang menjadi tunjang kepada konsep Keluarga Malaysia.

“Selamat menyambut Tahun Baharu Tamil (Chithirai Puthandu) kepada masyarakat Tamil dan Vaisakhi kepada masyarakat Sikh yang menyambutnya hari ini. Saya percaya Tahun Baharu yang disambut ini atas dasar Keluarga Malaysia yang mengeratkan lagi hubungan antara etnik di negara ini.

“Semoga masyarakat Tamil dan Sikh khasnya dan seluruh Keluarga Malaysia amnya terus berada dalam keadaan sihat sejahtera sepanjang masa. Hari ini juga merupakan masa untuk meraikan permulaan baru bagi meraih kemakmuran,” katanya dalam Facebook beliau hari ini. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN