Pembantu pegawai ditahan minta rasuah

Pembantu pegawai ditahan minta rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pembantu pegawai sebuah agensi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM20,000.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia 32 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira 12.30 tengah hari tadi selepas hadir memberikan keterangan berkaitan kes terbabit.

Difahamkan, lelaki tersebut yang sebelum ini bertugas sebagai pegawai tadbir di sebuah jabatan telah meminta dan menerima rasuah daripada dua perunding projek pada 2020 sehingga tahun lalu.

Dia bertindak demikian sebagai balasan membantu membocorkan maklumat berkaitan projek yang hendak dipohon oleh kedua-dua individu tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, esok bagi mendapatkan permohonan reman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN