Pemandu Ferrari didakwa pukul pengguna jalan raya dikenal pasti

Pemandu Ferrari didakwa pukul pengguna jalan raya dikenal pasti

NOOR DELLHAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis telah mengenal pasti identiti pemandu kereta mewah Ferrari yang didakwa memukul seorang pengguna jalan raya di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, susulan itu, pihaknya telah memperoleh perintah meneruskan siasatan (OTI) daripada Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes tersebut.

“Butiran suspek sudah diperoleh dan tindakan lanjut sedang diambil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Terdahulu, seorang pengguna Twitter dengan nama @qiltinho meminta bantuan orang ramai untuk mendapatkan video ketika dia dipukul oleh pemandu Ferrari untuk dijadikan bukti.

Dalam ciapan itu, lelaki berkenaan juga berkongsi laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Chow Kit.

Menurut laporan itu, kejadian pukul 12.40 tengah malam itu berlaku di lampu isyarat ketika dia memandu keluar bersama seorang rakan wanita dengan menaiki kereta Proton X70.

Dakwanya, ketika lampu isyarat bertukar hijau, sebuah kereta mewah jenis Ferrari berwarna putih di depannya tiba-tiba mengundur ke belakang dan melanggar bahagian depan kenderaannya.

Lelaki itu mendakwa mengekori kereta suspek yang menghala ke arah Kampung Baru sebelum berhenti di depan sebuah premis di Jalan Raja Abdullah dan dia turun daripada kenderaannya untuk berbincang dengan suspek.

Dakwanya lagi, suspek tidak mengaku melakukan pelanggaran selain mengugutnya dan merampas telefon bimbit serta membalingnya.

Suspek juga didakwa mencekik leher dan menumbuk kepalanya dengan tangan hingga dia jatuh.

Akibat serangan itu, mangsa didakwa mengalami kecederaan di siku dan buku lali kiri serta badan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya