Mapim lancar Ikatan Selebriti Pencinta Al Aqsa

Mapim lancar Ikatan Selebriti Pencinta Al Aqsa

MOHD. AZMI ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selebriti yang menzahirkan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin yang mempertahan tanah air mereka dan kesucian Masjid Al-Aqsa wajar diraikan.

Justeru, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) hari ini melancarkan Ikatan Selebriti Pencinta Al Aqsa (Kaca) sebagai platform untuk mereka melibatkan diri secara langsung dalam kempen tersebut.

Presiden Mapim, Mohd. Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan berkata, Kaca ditubuhkan sebagai wadah untuk melibatkan para seniman dan selebriti tanah air untuk bersama mengutuk serangan tentera Israel terhadap rakat negara di Tebing Barat itu.

“Pencabulan zionis israel terhadap Masjid Al-Aqsa memerlukan semua pihak yang cintakan kebenaran dan keadilan berkaitan status masjid tersebut perlu terlibat mengukuhkan kempen melindungi Al Aqsa.

“Kami menyeru semua senilaman dan selebriti tanah air memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu Masjid Al Aqsa,” katanya.

Jelas beliau, adalah menjadi kewajiban semua selebriti menggunakan pengaruh mereka supaya isu pencerobohan zionis Israel terhadap Masjid Al Aqsa diberi perhatian oleh seluruh rakyat di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN