Leher dijerut tali, mayat diikat di pokok

Leher dijerut tali, mayat diikat di pokok

KEADAAN mayat seorang lelaki tempatan dengan keadaan leher dijerut tali dan diikat pada sebatang pokok di Pulau Melaka, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang nelayan terkejut selepas menemui mayat seorang lelaki dengan keadaan leher dijerut tali dan diikat pada sebatang pokok di Pulau Melaka, di sini hari ini. 

Mayat dipercayai warga tempatan berusia 27 tahun itu ditemui dalam keadaan terduduk kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laporan berhubung kejadian telah dibuat oleh saksi di Balai Polis Banda Hilir pada pukul 12.09 tengah hari.

“Sebaik menerima laporan, sepasukan pegawai penyiasat termasuk daripada Unit Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan didapati si mati merupakan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun berasal dari Kampung Jaya Gading, Kuantan, Pahang,” katanya kepada pemberita.

Tambahnya, mangsa ditemui dalam keadaan terduduk dengan kepala dijerut tali dan diikat pada sebatang pokok.

“Ketika ditemui mayat mangsa masih lengkap berpakaian dan setakat ini tiada unsur jenayah ditemui di tempat kejadian.

“Mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya