KOTA BHARU: Kuih tradisi Kelantan yang berasaskan telur kini semakin mahal mencecah RM1 sebiji, namun terus laris dan sentiasa dicari pelanggan di bazar-bazar Ramadan di negeri ini. Antara kuih tradisi tetap ‘laku keras’ sejak hari pertama Ramadan biarpun harganya naik sekali ganda ialah akok, jala emas, tahi itik, beko, nekbat serta sekaya telur dan sekaya pulut. Peniaga, Abdul Rahman Ab. Aziz, 33, memberitahu Utusan Malaysia, ketika ini harga telur gred…