Kraftangan, MAB meterai MoU martabat produk kraf tempatan

Kraftangan, MAB meterai MoU martabat produk kraf tempatan

AIDIDAH IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Malaysia Airlines Berhad (MAB) untuk mempromosi serta memasarkan produk kraf tempatan.

Usaha ini adalah untuk memanfaatkan usahawan Kraftangan Malaysia serta pelanggan syarikat penerbangan nasional negara.

Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Aididah Ibrahim berkata beliau berasa syukur kerana Kraftangan Malaysia dapat melebar luas dan mengukuhkan jalinan kerjasama dengan MAB.

“Menerusi MoU ini, kita pertingkat usaha memasar, mempromosi serta meningkatkan kebolehcapaian produk kraf tempatan di peringkat global.

“Dengan membawa matlamat yang sama iaitu ‘mempromosikan Malaysia di mata dunia’, Krafta­ngan Malaysia seiring dengan MAB dalam usaha untuk mengetengahkan pelbagai produk dan aktiviti seni serta budaya sebagai perlambangan atau ikon identiti Malaysia menerusi kraf tempatan.

“MAB juga daripada awal sehingga kini telah mengguna pakai pelbagai elemen produk kraf sebagai lambing korporat mahupun kegunaan di dalam pesawat,” katanya dalam ucapan di Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Turut sama dalam majlis itu adalah timbalan Menteri MOTAC, Datuk Seri Dr. Santhara J.P; Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Izham Ismail dan Pengerusi Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia, Datuk Rubiah Wang.

Kerjasama itu turut melibatkan Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd. yang juga merupakan anak syarikat Kraftangan Malaysia sebagai rakan dagang terbaharu Journify, platform digital pelancongan dan gaya hidup sehenti milik MAG.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN