Ketua Jabatan gagal patuh peraturan rasuah boleh kena tindakan

Ketua Jabatan gagal patuh peraturan rasuah boleh kena tindakan

MOHD. SHAFIQ ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mana-mana Ketua Jabatan gagal memastikan pematuhan peraturan melibatkan rasuah boleh dikenakan tindakan selaras dengan Peraturan 3C P.U.(A) 395/1993 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah berkata, kegagalan mematuhi peraturan sedia ada akan disifatkan sebagai cuai dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan sewajarnya. 

Beliau berkata, selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara bebas rasuah, semua Ketua Jabatan hendaklah menyediakan mekanisme kawalan bagi menutup peluang dan ruang perlakuan rasuah dan salah guna kuasa. 

“Mekanisme ini termasuklah pendigitalan proses kerja, semakan semula ke atas pekeliling-pekeliling perkhidmatan awam yang berkuat kuasa dan sebagainya. 

“Penambahbaikan ini adalah untuk memastikan segala tatacara pengurusan kewangan, projek dan perolehan Kerajaan dipatuhi sepenuhnya, tanpa sebarang kompromi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata demikian susulan laporan media bertajuk “Penjawat Awam Minta Habuan RM100,000 Ditahan” yang disiarkan dalam akhbar tempatan pada hari ini

Mohd. Shafiq berkata, semua Ketua Jabatan di peringkat kementerian, Jabatan, Agensi hendaklah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa sekiranya ada pegawai di bawah seliaan mereka terlibat dengan kesalahan jenayah tersebut.

Katanya, JPA memandang serius akan isu pegawai awam yang terlibat dengan gejala rasuah dan apa-apa jua bentuk kesalahan jenayah. 

“Sekiranya pegawai awam didapati bersalah oleh mahkamah, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Selain itu, setiap individu hendaklah memainkan peranan untuk mencegah gejala rasuah dengan menghayati dan menterjemahkan nilai integriti dalam melaksanakan tugasan harian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya