Kerani maut dipercayai kelar tangan guna parang - Utusan Malaysia

Kerani maut dipercayai kelar tangan guna parang

ANGGOTA polis mengeluarkan mayat wanita yang ditemukan di dalam sebuah kereta di Jalan Besar Felda Menggong, Hutan Percha, Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Mayat seorang wanita ditemukan di dalam sebuah kereta dengan empat kesan kelar di tangan di Jalan Besar Felda Menggong, Hutan Percha di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, mayat wanita berusia 45 tahun itu ditemukan orang awam yang melalui kawasan berhampiran pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) kira-kira pukul 1.30 petang.

“Kita menerima panggilan daripada orang awam mendakwa terdapat mayat dalam sebuah kereta jenis Perodua Kenari. Polis ke lokasi dan pemeriksaan menemukan mayat seorang wanita dengan kesan kelar di tangan bersama-sama sebilah parang berhampirannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pemeriksaan dilakukan pasukan Forensik dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka yang ke lokasi.

Arshad memberitahu, terdapat empat kesan kelar di bahagian tangan kanan si mati dan dipercayai dilakukan sendiri menggunakan parang terbabit.

“Hasil temu bual dengan waris si mati iaitu adiknya menyatakan mangsa bekerja sebagai kerani dan mempunyai masalah kesihatan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya