JAS sita dua kilang punca pencemaran bau

JAS sita dua kilang punca pencemaran bau

MOHD. Akmal Kamarudin (kiri) memilihkan baju raya untuk kanak-kanak pada program santuni asnaf di Gopeng, Perak, hari ini. - FOTO/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak menyita sebuah lagi kilang memproses bahan buangan kitar semula yang disyaki menjadi punca pencemaran bau dipercayai bahan kimia di sekitar Simpang Pulai dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, kilang itu yang merupakan kilang memproses bahan buangan dikitar semula dan terjadual adalah yang kedua di sita selepas sebuah kilang turut disita baru-baru ini.

Menurutnya, susulan aduan yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Tan Kar Hing sebelum ini, beliau telah turun ke lokasi untuk berbincang dengan Kar Hing.

“Kita saling bekerjasama kerana agak sukar untuk mengenal pasti bau itu datang dari kilang mana kerana terdapat lebih 100 buah kilang di sekitar kawasan Simpang Pulai,” katanya kepada pemberita pada program bantuan anak yatim bersama JAS Perak di pasar raya Mydin Gopeng, di sini hari ini. Turut hadir Pengarah JAS Perak, Rosli Zul.

Menurut Mohd. Akmal, hasil kerjasama Pejabat ADUN Simpang Pulai dan dan orang ramai, JAS telah mengenal pasti satu kilang memproses bahan buangan dan telah diperiksa dan disita.

“Kilang itu mungkin bukan satu-satunya yang menghasilkan bau dan memedihkan mata,” katanya.

Sementara itu, Rosli berkata, setakat ini hanya dua premis tersebut yang disita berhubung pencemaran bau dipercayai bahan kimia di sekitar Simpang Pulai dekat sini.

Menurutnya, selepas dua premis itu disita, tiada lagi aduan mengenai masalah pencemaran bau.

“Ini menguatkan asas punca pencemaran bau dari aktiviti kilang ini. Premis itu di sita kerana sistem kawalan pencemaran yang disediakan untuk menjalankan operasi tidak mencukupi,” katanya.

Sebelum ini, JAS Perak mengenal pasti kilang peleburan sisa bahan buangan sebagai punca pencemaran bau bahan kimia di sekitar Simpang Pulai, Ipoh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya