Insaf berpuasa di sebalik tirai besi

Insaf berpuasa di sebalik tirai besi

SEORANG kakitangan MKN Kedah (kiri) berbual dengan Alia yang merupakan salah seorang banduan reman wanita pada Program Tautan Kasih Ramadan Di Sebalik Tirai Besi di Penjara Sungai Petani semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Pengalaman menjadi penghuni di sebalik tirai besi pada Ramadan memberi keinsafan kepada banduan terutamanya mereka yang kali pertama berpuasa dalam penjara.
Walaupun mereka dapat menikmati juadah berbuka dan bersahur bersama rakan senasib, namun ia tidak semeriah menyambutnya bersama ahli keluarga tersayang.

Pada waktu itu, banduan terbabit mula mengetahui erti sebenar makna kebebasan dan kasih sayang keluarga.

Itu keluhan 70 banduan juvana di Penjara Sungai Petani di sini yang ditemui ketika berbuka puasa bersama kakitangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah pada Program Tautan Kasih Ramadan Di sebalik Tirai Besi di sini malam semalam.

Seorang penghuni yang mahu dikenali sebagai Ali, 21, berkata, dia sedih kerana Ramadan pada tahun ini merupakan pertama kali disambut sebagai seorang banduan.

Menurutnya, dia dijatuhi hukuman penjara selama 16 bulan selepas ditahan atas kesalahan melakukan samun di sebuah kedai emas bersama seorang rakan di Alor Setar pada Oktober tahun lalu.

“Terkurung di dalam tirai besi pada bulan Ramadan dan tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga telah menginsafkan saya,” katanya.

Ali yang menamatkan persekolahan setakat tahun enam berkata, dia berjanji akan menjadi seorang anak yang taat kepada ibu bapa dan tidak lagi melibatkan diri dalam kegiatan jenayah selepas dibebaskan nanti.

Bagi Alia, 21, pula berkata, dia tidak menyangka menjadi penghuni penjara pada usia muda kerana kesilapan sendiri terpengaruh untuk hidup bebas dengan rakan sebaya.

Dia yang yang ditahan kerana melakukan kesalahan dadah pada dua tahun lalu berkata, dia terlalu merindui anak perempuan berusia tiga tahun yang dijaga oleh keluarganya sejak menjadi penghuni di penjara ini sejak setahun lalu.

“Ini merupakan kali pertama saya berpuasa dan bakal menyambut Aidilfitri tanpa keluarga. Saya terpaksa bersendirian di penjara pada hari mulia nanti,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya