Majoriti pelajar Cina pilih sekolah menengah kebangsaan

Majoriti pelajar Cina pilih sekolah menengah kebangsaan

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majoriti pelajar berbangsa Cina di negara ini masih memilih untuk belajar di sekolah menengah Kementerian Pendidikan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, daripada 387,406 pelajar Cina di peringkat menengah pada tahun 2026, seramai 260,699 orang atau 67.3 peratus bersekolah di sekolah KPM.

Katanya, seramai 75,144 pelajar memilih Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang menggunakan sistem Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), manakala 51,563 pelajar lagi belajar di institusi pendidikan swasta.

“Berdasarkan data tersebut, 19.4 peratus murid berbangsa Cina mengikuti sistem pendidikan UEC, 67.3 peratus mengikuti pendidikan menengah di sekolah bawah KPM dan 13.3 peratus lagi di institusi pendidikan swasta,” katanya menerusi jawapan bertulis Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Saad (PN-Pokok Sena) yang meminta menteri menyatakan peratusan pelajar Cina yang menggunapakai sistem pendidikan UEC berbanding mengikuti sekolah aliran kebangsaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Fadhlina memaklumkan UEC adalah peperiksaan yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) dan kedudukan UEC itu kekal seperti sebelumnya.

“Pendirian ini berlandaskan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] serta pengumuman YAB Perdana Menteri pada 20 Januari 2026,’ katanya.

Beliau bagi menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) yang meminta menteri menyatakan pendirian kerajaan terhadap pengiktirafan UEC memandangkan lebih 60 buah sekolah persendirian Cina menggunakan silibus tersebut. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN