Imigresen nafi buka 3 kaunter hingga KLIA sesak - Utusan Malaysia

Imigresen nafi buka 3 kaunter hingga KLIA sesak

PENGEMBARA dari luar negara melalui imigresen selepas kerajaan Malaysia membuka semula sempadan negara di KLIA pada 1 April 2022. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia menafikan hanya membuka tiga kaunter di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga menyebabkan berlaku kesesakan pada 3 April lalu. 

Menerusi hantaran di Facebook rasmi agensi itu memberitahu, pada hari tersebut sebanyak 26 kaunter beroperasi selain kaunter autogate turut dibuka  sepenuhnya. 

Kesesakan yang didakwa itu kerana terdapat dalam kalangan pelawat asing yang tidak melengkapkan borang  Traveller’s Form  di dalam sistem MySejahtera.

“Mereka terpaksa dibantu oleh pegawai-pegawai imigresen dan keadaan ini menyebabkan kelewatan dan kesesakan. 

“Selain itu pada hari berkenaan juga terdapat jemaah umrah  Indonesia yang transit di KLIA. Kehadiran mereka tanpa pengurusan pihak yang mengendalikan transit berkenaan telah menyumbang kepada kesesakan tersebut,” kata imigresen.

Mengulas  lanjut,  kesesakan berkenaan berjaya diatasi dengan kerjasama semua pihak di KLIA terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan syarikat penerbangan. 

“Sebagai agensi barisan hadapan di Pintu Masuk Negara, imigresen akan terus memberikan komitmen terbaik dan bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan urusan keluar masuk pelancong dan pelabur asing serta warga tempatan  lancar,” jelasnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya