Gaji amah Indonesia tidak kurang gaji minimum 

Gaji amah Indonesia tidak kurang gaji minimum 

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) menjelaskan, gaji Pekhidmat Domestik Indonesia dibayar tidak kurang daripada gaji minimum yang sedang terpakai di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, perkara tersebut adalah antara kandungan Memorandum Persefahaman Berhubung Pengambilan dan Perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia di Malaysia.

Katanya, beliau merujuk kepada beberapa tajuk laporan akhbar yang menyatakan gaji PDI bermula RM1,200. 

“Saya ingin menjelaskan antara kandungan dalam Memorandum Persefahaman Berhubung Pengambilan dan Perlindungan PGI di Malaysia yang ditandatangani pada 1 April lalu menyatakan bahawa gaji bagi pekhidmat domestik dibayar tidak kurang daripada gaji minimum yang sedang terpakai di negara ini.

“Oleh yang demikian, saya berharap tiada lagi kekeliruan yang timbul berkaitan dengan gaji bagi pekhidmat domestik Indonesia selepas ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

M. SARAVANAN

Terdahulu, media melaporkan, Saravanan dipetik berkata, kerajaan tidak boleh melaksanakan permintaan Indonesia yang mahu pekhidmat domestik dari negara itu dibayar pada RM1,500 kecuali atas budi bicara majikan.

Pada 1 April lalu, Malaysia dan Indonesia memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan dan perlindungan PDI di negara ini.

Pemeteraian itu ditandatangani oleh Saravanan dan Menteri Ketenagakerjaan Indonesia, Ida Fauziyah, serta disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia, Joko Widodo di Istana Merdeka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN