dua mati

Dua maut dalam nahas dua kereta

LOKASI kejadian maut membabitkan dua buah kereta di Kilometer 29 Jalan Seremban-Kuala Pilah, Kuala Pilah awal pagi tadi.-IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Dua maut dalam nahas dua buah kereta dalam kejadian di Kilometer 29 Jalan Seremban-Kuala Pilah di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 pagi itu, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Amylia Shahira Hamidi, 24, dan Mohamad Kamil Ahmad Ishak, 28,

Menurut Amran, siasatan awal polis mendapati kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu Amylia Shahira dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Kuala Pilah.

“Namun setibanya di lokasi kejadian kenderaan mangsa telah hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.

“Kemudiannya, kereta tersebut telah bertembung dengan kenderaan jenis Perodua Kenari dipandu Mohamad Kamil yang sedang bergerak dari arah Kuala Pilah menghala ke Terachi.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu Perodua Kancil itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan pelbagai manakala pemandu Perodua Kenari meninggal dunia ketika mendapat rawatan di zon merah Hospital Kuala Pilah di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini

Jelas Amran, siasatan lanjut masih diteruskan dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN