Dua lelaki ambil upah seludup ketum ditahan 

Dua lelaki ambil upah seludup ketum ditahan 

ANUAR Abdul Rahman (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian daun ketum yang dirampas daripada dua lelaki pada sidang akhbar di IPD Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah, hari ini. - FOTO/OTHMAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Cubaan kali pertama dua lelaki menyeludup daun ketum seberat 950 kilogram (kg) ke Thailand gagal apabila mereka ditahan di Taman Batek, di sini Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Anuar Abdul Rahman berkata, kedua-dua suspek berusia 41 dan 30 tahun itu ditahan bersama sebuah lori jenis Nissan pada pukul 2.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemukan sebanyak 95 bungkusan plastik hitam yang setiap satu mengandungi daun hijau disyaki daun ketum bernilai RM14,250.

“Siasatan awal mendapati daum ketum itu diambil di Pendang untuk dibawa ke Changlun sebelum diseludup ke Thailand,” katanya dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, sini hari ini.

Menurut Anuar, dua suspek tersebut mendakwa mereka baru sebulan bertindak sebagai ‘runner’ dan dijanjikan upah sebanyak RM1,000 untuk membawa daun ketum itu ke Changlun.

“Suspek turut memaklumkan pengedaran daun ketum ini didalangi oleh seorang lelaki warga negara Thailand yang mengupah mereka,” ujarnya.

Tambahnya, hasil ujian saringan air kencing pula mendapati dua suspek terbabit negatif.

Tambah Anuar, semakan rekod kemudiannya mendapati lelaki berusia 41 dan telah berkahwin itu mempunyai dua rekod kesalahan lampau membabitkan Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK).

Sementara itu, katanya, rakanya yang berusia 30 tahun dan masih bujang itu juga mempunyai dua rekod di bawah Seksyen 186 KK dan Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

“Mereka ditahan reman selama empat hari bermula 1 April hingga semalam dan disambung lagi reman sehingga 7 April,” katanya.

Jelasnya, kedua-dua suspek ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya