Didenda RM4,000 kerana langgar polis

Didenda RM4,000 kerana langgar polis

CHOCK Ee Meng mengaku bersalah atas pertuduhan melarikan diri dalam sekatan jalan raya di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka. - FOTO/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Padah merempuh seorang anggota polis gara-gara cuba melarikan diri dalam sekatan jalan raya, seorang kontraktor didenda RM4,000 selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini hari ini. 

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Chok Ee Meng, 44, yang mengaku sejurus dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati dengan sengaja menghalang tugas polis dengan cara melarikan diri daripada pemeriksaan kira-kira pukul 10 malam pada 26 Julai 2020 di Lebuh Ayer Keroh-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Paya Rumput.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan kedua, dia didapati telah menggunakan kekerasan jenayah dengan melanggar motosikal ditunggang anggota polis, Mohammad Khairul Hashim yang sedang menjalankan tugas hingga terjatuh dan cedera pada tarikh dan masa sama.

Bagi tindakan itu Ee Meng didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri memohon hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh kerana kesalahan dilakukan serius. 

Tertuduh yang diwakili peguam Ng Fun Boon bagaimanapun memohon agar hukuman diringankan. 

Selepas mendengar hujah kedua pihak, mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh membayar denda sebanyak RM4,000 atau  penjara 16 bulan jika gagal bayar bagi kedua-dua pertuduhan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN