Berhimpit dalam Alza biru, suami isteri bawa 10 PATI dicekup

Berhimpit dalam Alza biru, suami isteri bawa 10 PATI dicekup

SERAMAI 10 PATI Indonesia yang berhimpit dalam sebuah kereta ditahan bersama suami isteri rakyat tempatan dalam serbuan di Sungai Sanglang, Pontian, Johor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Peribahasa ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua’ sesuai untuk menggambarkan kegiatan sepasang suami isteri yang bertindak sebagai ‘transporter’ atau penghantar pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ia susulan kedua-dua mereka yang berusia 38 dan 47 tahun itu yang dipercayai melakukan ‘perniagaan’ tersebut sejak tiga bulan lalu berjaya dicekup pada pukul 7.30 pagi di sebatang jalan berhampiran Sungai Sanglang, di sini.

Pegawai Pemerintah Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintenden Dimin Awang berkata, pasangan terbabit ditahan bersama 10 lelaki warga Indonesia yang berumur 17 hingga 57 tahun.

“Kedua-dua suami isteri terbabit dipercayai mengambil PATI tersebut yang baru tiba ke negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan untuk dihantar ke destinasi yang tidak diketahui.

“Bagaimanapun, kegiatan mereka kali ini tidak berjaya kerana ditangkap ketika dalam perjalanan. Operasi tersebut turut disertai anggota D3 Atipsom Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” katanya di sini hari ini.

Tambah Dimin, antara barangan yang dirampas adalah dua buah telefon bimbit, sebuah kereta jenis Perodua Alza dengan anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM27,000.

“Semua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian bagi tindakan lanjut dan siasatan di bawah Seksyen 26 (a) Akta Atipsom 2007 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen,” ujarnya.

Jelas beliau, hasil soal siasat awal yang dijalankan ke atas kesemua suspek mendapati, imigran-migran yang ingin memasuki ke Malaysia dikenakan bayaran sebanyak 9 juta Rupiah yang bersamaan dengan RM2,700 oleh agen di negara asal.

Dalam pada itu, Dimin menghargai usaha orang awam yang terus menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa disamping risikan pasukannya bagi mengekang lambakan barangan kontarban dan kemasukan PATI. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN