Belia Prihatin terima Anugerah WWF-Malaysia Eco-Champion 2022

Belia Prihatin terima Anugerah WWF-Malaysia Eco-Champion 2022

BELIA Prihatin bersama anugerah yang dimenangi, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelab Belia Prihatin Malaysia (Belia Prihatin) semalam menerima Anugerah Eco Champion 2022 kelolaan Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia. 

Pengiktirafan itu susulan kejayaan kelab itu menanam hampir 500 batang pokok di seluruh Malaysia melalui kempen penanaman pokok yang dikenali sebagai We Be-Leaf Together, yang dilancarkan di Kota Kinabalu Sabah, awal tahun lalu.

Melalui kempen sama, Belia Prihatin kini menyasarkan penanaman sekurang-kurangnya 2,200 batang pokok yang bakal melibatkan sukarelawan belia dari seluruh Malaysia. 

Presidennya, Luqman Hakim Md. Zim berkata, ia adalah satu penghargaan kepada mereka khususnya kepada semua penggerak Belia Prihatin yang bertungkus-lumus menggerakkan agenda alam sekitar.

“Kempen kesedaran alam sekitar bukan sahaja meliputi inisiatif mengatasi masalah sedia-ada ataupun pemulihan, tetapi juga perlu menumpukan usaha kepada pembaharuan tenaga dan sumber boleh guna alam terutamanya dalam memastikan eko-sistem sedia ada dapat terus dikekalkan,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Penerima anugerah termasuk Luqman Hakim, Ketua Belia Prihatin Parlimen Setiawangsa, Syahiran Syaza Rijal Rozman dan Amin Ghiatuddin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya