Bekas pengarah urusan syarikat IT buat tuntutan palsu RM8 juta - Utusan Malaysia

Bekas pengarah urusan syarikat IT buat tuntutan palsu RM8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang bekas pengarah urusan sebuah syarikat berkaitan teknologi maklumat (IT) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai hampir RM8 juta.

Menurut sumber, suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM Johor ketika hadir memberi keterangan.

Difahamkan, suspek telah mengemukakan tuntutan berkenaan kepada sebuah syarikat lain bagi kerja-kerja melibatkan penggantian barangan IT pada tahun 2016.

Ketika kejadian tersebut, suspek masih memegang jawatan sebagai pengarah urusan syarikat berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias yang dihubungi mengesahkan penahanan lelaki berkenaan dan memberitahu kes akan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun katanya, suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN