tanpa tunai

Beca Melaka tanpa tunai menjelang Syawal

SULAIMAN Md. Ali menunjukkan pembayaran menggunakan Touch 'n Go eWallet ketika penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada pengayuh beca di Muzium Rakyat, Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri menyasarkan seramai 305 pengayuh beca akan dilengkapi kemudahan Touch ‘n Go eWallet sebelum kemasukan tinggi pelancong pada Hari Raya Aidilfitri, dua minggu lagi. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali, berkata, setakat ini hampir 80 peratus atau 244 daripada pengayuh beca telahpun menggunakan aplikasi tersebut bagi memudahkan pembayaran oleh pelanggan. 

Katanya, beliau bagaimanapun menyasarkan kesemua 305 pengayuh beca akan dilengkapi kemudahan itu sebelum Syawal ini, sekaligus menjadi negeri pertama dalam negara yang menawarkan perkhidmatan itu secara bebas tunai.

“Sasaran kita semua 305 pengayuh beca akan gunakan e-wallet ini sebelum Aidilfitri, mereka juga boleh meraih pendapatan dua kali ganda kerana dalam situasi sekarang pelancong kebanyakannya tak mahu menggunakan tunai. 

“Jadi kalau lebih mudah, pelancong lebih suka, sebab dalam peralihan fasa ke endemik, orang nak pegang duit agak ragu kerana bimbang penularan Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar selepas penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada pengayuh beca di Muzium Rakyat, Banda Hilir di sini hari ini. 

Sementara itu, pengayuh beca, Mohd. Safwan Aziz berkata, penggunaan e-wallet bukan sahaja memberi kemudahan kepada pelanggan tetapi juga kepada pengayuh sepertinya kerana tidak perlu lagi menyediakan wang baki.

“Lebih senang guna e-wallet kerana kami sudah tidak perlu menyediakan dan bawa wang kecil bersama-sama untuk membayar baki pelanggan. 

“Sejak guna e-wallet ini memang ada peningkatan pendapatan sehingga RM100 sehari, dapatlah tambah sikit berbanding sebelum ini,” katanya. 

Bagi Muhd. Izwan Taib, 31, pula, aplikasi itu membantu mengawal perbelanjaan hariannya kerana kesemua amaun pendapatan diraih dimasukkan terus ke dalam akaun bank. 

“Sekarang ini saya dah tidak pegang tunai, jadi tidak boros sangat dan duit pun terus masuk ke dalam akaun bank, lebih mudah,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya