Bapa liwat anak umur empat tahun

Bapa liwat anak umur empat tahun

AHMAD MOHSIN MD. RODI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Seorang bapa yang tergamak meliwat anak perempuannya berusia empat tahun ditahan polis di sebuah rumah di Arau semalam.

Suspek berusia 51 tahun yang merupakan penganggur dikatakan melakukan seks luar tabii terhadap mangsa apabila mereka tinggal berdua di rumah.

Tindakan terkutuk lelaki berkenaan akhirnya terbongkar apabila kanak-kanak tersebut mengadu sakit di bahagian dubur kepada neneknya yang tinggal bersebelahan dengan rumah mereka.

Nenek kepada kanak-kanak mangsa liwat tersebut kemudian membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, suspek ditahan tengah malam semalam sejurus selepas pihaknya menerima laporan mengenai perkara tersebut.

Katanya, pada mulanya, nenek tersebut mendapati cucunya kelihatan muram dan memanggil kanak-kanak itu ke rumahnya.

“Mangsa kemudian memberitahu kepada (nenek) dia berasa sakit di bahagian dubur. 

“Nenek tersebut yang berasa curiga bertindak membuat pemeriksaan di bahagian dubur dan kemaluan mangsa serta mendapati saiz lubang dubur dan kemaluan tidak normal kerana terlalu besar. 

“Selain itu, mangsa juga ada memberitahu kepada nenek bahawa ayahnya telah memasukkan zakar ke dalam lubang dubur ketika mereka tinggal berdua di dalam rumah,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Mohsin berkata, nenek kanak-kanak tersebut mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan mangsa sejak Julai 2021 kerana perubahan sikap mangsa yang menjadi pendiam dan tidak mahu bercakap.

“Rumah nenek tersebut dan suspek hanya terletak bersebelahan namun mereka tidak bertegur sapa kerana sikap suspek yang panas baran serta malas bekerja.

“Mangsa merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik. Kakak sulung mangsa berumur 10 tahun dan abang mangsa pula berumur enam tahun. Mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk mendapatkan pemeriksaan doktor,” katanya.

Tambahnya, suspek yang mempunyai dua rekod jenayah lampau direman selama enam hari sehingga Isnin.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN