145 termasuk 10 warga asing dikompaun RM145,000

145 termasuk 10 warga asing dikompaun RM145,000

KAMARUL Zaman Mamat (dua kiri) memeriksa dokumen pengunjung ketika mengetuai serbuan terhadap sebuah premis hiburan yang beroperasi di Jalan Ibrahim Sultan, Johor Bahru, awal pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis mengeluarkan kompaun terhadap 145 individu kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan mengunjungi premis hiburan di Jalan Ibrahim Sultan, pagi ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat yang mengetuai serbuan itu berkata, pihaknya mengeluarkan kompaun berjumlah RM145,000 kepada semua individu terlibat.

Katanya, polis menahan enam individu, terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita dengan empat daripada mereka positif dadah, manakala dua yang lain melibatkan seorang penjaga premis dan seorang suspek dalam senarai dikehendaki.

“Dalam serbuan berkenaan, polis mengeluarkan sejumlah RM145,000 kompaun terhadap 145 individu berusia 17 hingga 50 tahun yang didapati berhibur di premis berkenaan dan melanggar SOP ditetapkan kerajaan.

“Mereka yang dikenakan tindakan kompaun termasuklah enam warga Singapura, tiga warga Vietnam dan seorang warga Indonesia,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN