13 anggota MBM dilantik dalam Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa

13 anggota MBM dilantik dalam Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa

SAIFUDDIN Abdullah menyampaikan sijil pelantikan kepada Ahli Jawatankuasa Belia untuk Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi, MBM di Wisma Putra, Putrajaya. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas kejayaan dirintis kumpulan pertama pada 2018 lalu, Kementerian Luar sekali lagi membentuk Jawatankuasa Belia untuk Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, jawatankuasa itu disertai seramai 13 anggota dari kalangan pemimpin Majlis Belia Malaysia (MBM) yang terdiri dari pelbagai latar belakang.

“Mereka ini juga berpengalaman luas dalam beberapa isu hal ehwal antarabangsa dan akan membantu Wisma Putra terutama program melibatkan golongan belia tempatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pengumuman pelantikan 13 ahli Jawatankuasa Belia untuk Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi, Majlis Belia Malaysia.

Turut hadir ialah presiden badan induk organisasi tersebut, Mohd. Izzat Afifi Abdul Hamid yang baru dipilih secara rasmi pada awal bulan lepas dan bekas penyandangnya, Jufitri Joha.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkeyakinan jawatankuasa yang baharu dibentuk itu akan dapat memainkan peranan dalam memperkasakan pembabitan belia Malaysia di persada global.

“Ramai mungkin tidak sedar, selain Kementerian Belia dan Sukan, Wisma Putra juga ada bahagian dalam mengenengahkan kelompok itu menerusi pelbagai aktiviti sejagat,” katanya.

Ini ujarnya, termasuk program pelbagai badan antarabangsa di bawah beraneka organisasi luar negara yang ada kalanya tidak menggunakan istilah spesifik belia untuk aktiviti mereka.

Justeru, jawatankuasa berkenaan diharap akan lebih aktif mengenal pasti banyak kegiatan belia yang boleh diteroka di peringkat sejagat yang mungkin terlepas pandang selama ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN