Wanita maut kereta dipandu hilang kawalan - Utusan Malaysia

Wanita maut kereta dipandu hilang kawalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita warga emas maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kereta lain yang berada di parkir di tepi jalan Jalan SS 3/39 semalam.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 petang itu, wanita berusia 65 tahun berkenaan disahkan maut ketika menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima laporan berhubung kemalangan membabitkan kereta Peugeot 208 dan Toyota Corolla pada pukul 6.17 petang.

“Mangsa yang memandu Peugeot 208 yang melalui tempat kejadian hilang kawalan lalu melanggar kereta Toyota Corolla Altis yang di parkir tepi jalan.

“Dia meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, kata Mohamad Fakhrudin, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian.

“Sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN