PETALING JAYA: Universiti di negara ini disaran memberi peluang kedua kepada 43,355 pelajar universiti awam dan swasta yang menangguhkan pengajian tahun lalu selain memperkenalkan waktu pembelajaran anjal. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Prof. Ir. Dr. Mohd. Rizal Arshad yang sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Malaysia Perlis (Unimap) mengakui, ramai pelajar tidak dapat meneruskan pengajian selepas negara dilanda pandemik Covid-19 kerana masalah kewangan dan masalah keluarga.…










