UMNO tetap mahu PRU15 segera - Utusan Malaysia

UMNO tetap mahu PRU15 segera

Ismail Sabri Yaakob dan Ahmad Zahid Hamidi bersama barisan kepimpinan tertinggi UMNO pada penggulungan Persidangan Agung UMNO 2021 di WTCKL pada 19 Mac 2022. -MINGGUAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO tetap bertegas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu diadakan segera tanpa berdolak-dalih dan berkias-kias.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan Perhimpunan
Agung UMNO 2021 yang berakhir semalam adalah kali terakhir sebelum semboyan pilihan
raya digerakkan.

Tegasnya, tarikh pilihan raya akan dibincangkan di peringkat lima pemimpin utama UMNO
sebelum dibawa kepada Yang diPertuan Agong untuk mendapat perkenan Seri Paduka.

“Kestabilan adalah asas kepada segala-galanya. Tanpa kestabilan atau rapuh, apa yang terancang akan ke longkang, segala diatur akan tersungkur, segala yang disyor akan berkubur.

“Tanpa kestabilan, PM yang terbaikpun akan menghadapi kecelaruan,” katanya dalam ucapan penggulungan Pre­siden pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL) di sini semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menolak dakwaan berlaku perpecahan antara top 5 kepimpinan UMNO, sambil mengesahkan terdapat pertemuan di antara mereka sebulan sekali bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan.

“Saya ingin mengesahkan bahawa top 5 sering bertemu sekurang-kurangnya sebulan sekali, presiden timbalan pre­siden dan tiga naib presiden bertemu. Rakan-rakan ramai yang tahu tapi kadang-kadang tak perlu diketahui sebab banyak perkara-perkara yang kita buat keputusan kerana setelah selidiki.

“Saya berkongsi maklumat dengan rakan-rakan dalam politik ataupun jawatankuasa. Dan kita juga ada pasukan task force, yang memikirkan isu-isu yang dibangkit. Yakinlah.

Selagi top 5 bersatu hati sentiasa mengadakan perbincangan insya-Allah. Kelima-lima kami akan menjaga parti dan memberikan keutamaan pada akar umbi,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut menjelaskan sebanyak 70 peratus muka baharu yang akan dicalonkan dalam PRU15 nanti.

“Sebanyak 70 peratus akan menjadi calon nanti. Jangan risau pemuda, jangan risau puteri. Yang 50 tahun ke atas, calon yang boleh menang, pun kita pertimbangkan,” ujarnya.

Selain itu, Ahmad Zahid turut menjelaskan UMNO akan menjayakan Projek 1,2,3 iaitu kembali menjadi kerajaan dan mahu menjadi kerajaan di dua peringkat, iaitu negeri dan persekutuan dan memper­kenalkan sekolah politik.

“Sekolah politik ini mesti menjadi tarikan baharu yang berupaya menangkap imaginasi dan kreativiti generasi zaman sekarang. Ia harus menjadi platform yang terbuka untuk membincangkan aspirasi kepada tanah air. Ia mesti dipacu oleh teknologi,” jelas beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×