Tuntutan waris Sulu tidak diiktiraf, tidak masuk akal - Utusan Malaysia

Tuntutan waris Sulu tidak diiktiraf, tidak masuk akal

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan tuntutan waris Sultan Sulu terhadap Sabah sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

Beliau berkata, kerajaan Sabah tidak pernah dan tidak akan mengiktiraf tuntutan daripada waris Kesultanan Sulu kerana Sabah adalah sebuah negeri berdaulat dalam Persekutuan Malaysia.

“Tuntutan itu tidak masuk akal. Kedaulatan Sabah dalam Persekutuan Malaysia tidak seharusnya dipersoalkan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, Hajiji menggesa rakyat di negeri ini untuk bertenang dan menyerahkan kepada pasukan perundangan kerajaan negeri dan Persekutuan untuk mengendalikan isu tuntutan berkenaan.

Pada Rabu lalu, Kementerian Luar dan Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan bersama memaklumkan kerajaan Malaysia menolak sepenuhnya tuntutan sebanyak AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) yang dikatakan perlu dibayar kepada keturunan Sultan Sulu.

Sebelum ini, agensi berita Sepanyol melaporkan penimbang tara Sepanyol, Gonzalo Stampa mengarahkan Malaysia membayar pampasan kepada waris Sultan Sulu berjumlah AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion).

Isu pampasan itu timbul kerana Malaysia didakwa tidak membayar wang pemisah sejak 2013 maka, Malaysia dikatakan melanggar Perjanjian 1987 yang ditandatangani oleh Sultan Jamal Al-Alam, Baron De Overbeck dan Alfred Dent mewakili syarikat British Utara Borneo. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN