Terima rasuah RM30,000: Bekas pengurus projek ditahan SPRM

Terima rasuah RM30,000: Bekas pengurus projek ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang bekas Pengurus Projek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan menerima suapan sebagai balasan untuk memberi kerja-kerja pembekalan dan pemasangan papan tanda dan logo kepada sebuah syarikat. 

Penahanan suspek yang berusia 41 tahun itu dipercayai ditahan petang semalam di Pejabat SPRM, Kuala Lumpur.   

Menurut sumber, perintah reman lima hari  bermula hari ini sehingga 3 April 2022  dikeluarkan oleh Majistret Wong Chai Sia terhadap suspek lelaki itu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Sumber berkata, suspek yang merupakan bekas Pengurus Projek sebuah syarikat dipercayai menerima suapan bernilai RM30,000 melalui akaun bank syarikat miliknya daripada seorang pengurus syarikat lain.

“Wang terbabit diterima sebagai balasan untuk memberi kerja-kerja membekal dan memasang papan tanda dan logo kepada syarikat tersebut bagi sebuah stesen televisyen tempatan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,  Razaliah Ab. Rahman yang dihubungi mengesahkan tangkapan dan reman tersebut.

Beliau berkata, suspek ditahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN