PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di kebanyakan tempat di Pahang, Sarawak, Sabah dan Labuan.
Menurut Met Malaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri itu sehingga pukul 6 petang ini.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Maran dan Kuantan) ; Sarawak: Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Selain itu di Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat dan Labuan sehingga 6:00 petang,” jelasnya.
Tambah Met Malaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. – UTUSAN